Friday, July 26, 2013

Populasi dan sampel kajian


Populasi dan Sampel Kajian
(Susunan md anuwi  Husain)

Menurut Gay dan Airasian (2003)  “Populasi adalah kumpulan sasaran pengkaji, iaitu kumpulan kepada siapa hasil kajian akan digeneralisasikan”. Sampel kajian pula ialah responden-responden kajian yang dipilih untuk mewakili sesuatu populasi. Penetapan populasi kajian adalah penting dalam kajian disebabkan populasi akan menentukan bagaimana dan berapa ramai sampel yang akan kita pilih serta perbelanjaan kajian. Sebagai contoh, kajian tentang keperluan murid-murid untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka di sekolah luar bandar tertentulah berbeza daripada kajian tentang keperluan murid-murid luar bandar di Malaysia. Populasi bagi kedua-dua kajian adalah berbeza, saiz sampel akan berbeza, begitu juga reka bentuk kajian yang akan digunakan juga berbeza.

Sesuatu sampel yang baik ialah sampel yang mewakili populasi kajian. Terdapat tiga (3) langkah dalam proses pemilihan sampel/persampelan, iaitu:

• tentukan populasinya;
• tentukan saiz sampel; dan
• pilih sampel yang diperluka

Sebagai contoh, kita ingin memilih sampel daripada murid-murid tahun 1 di sebuah
sekolah. Anda sebagai seorang guru, pertama sekali perlu menentukan populasi kajian,
iaitu murid-murid Tahun 1. Selepas itu, anda perlu menentukan saiz sampel, misalnya,
daripada 200 orang murid Tahun 1, anda memerlukan 30% daripadanya, iaitu 60 orang
murid. Bagi langkah ketiga, anda perlu memilih 60 orang murid daripada 200 orang secara rawak. Anda boleh menggunakan salah satu daripada empat (4) kaedah yang dinyatakan. 


(a) Persampelan Rawak Mudah
Persampelan rawak mudah (PRM) adalah satu proses pemilihan sampel di mana
semua individu dalam populasi tertentu mempunyai peluang yang sama untuk dipilih
sebagai sampel. Persampelan rawak mudah merupakan kaedah terbaik untuk
mendapatkan sampel yang mewakili populasi. Dari segi tekniknya, ia perlu mengikuti
beberapa langkah tertentu, seperti berikut:

(i) Kenal pasti populasi dan berikan definisinya (misalnya, murid-murid Tahun 1).
(ii) Tentukan bilangan ahli populasi dan senaraikan nama mereka (misalnya, 250 orang).
(iii) Berikan nombor (secara berturutan) kepada setiap ahli populasi (misalnya, 000 hingga 249).
(iv) Tentukan saiz sampel (misalnya, 50 orang, iaitu 20% daripada populasi).
(v) Ambil nombor daripada jadual nombor rawak (JNR) dan pilih ahli populasi yang bernombor sama dengan nombor daripada JNR ini sebagai sampel kajian, dan ulang cara ini sehingga mendapat 50 orang sampel.

(b) Persampelan Rawak Berstrata
Persampelan rawak berstrata (PRS) adalah satu proses pemilihan sampel di mana
populasi kajian dibahagikan kepada beberapa strata/kumpulan kecil [misalnya, murid
lelaki pandai (MLP), murid lelaki lemah (MLL), murid perempuan pandai (MPP),
murid perempuan lemah (MPL)] dan semua individu dalam setiap strata mempunyai
peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel. Kelebihan PRS berbanding PRM
ialah penggunaan PRM lebih meyakinkan kita untuk mendapat perwakilan daripada
setiap strata pupulasi mengikut peratusan bilangan ahli-ahli dalam strata tersebut.
Dari segi tekniknya, ia perlu mengikuti beberapa langkah tertentu, seperti berikut

(i) & (ii) sama seperti teknik PRM.
(iii) Bahagikan populasi kepada strata tertentu (misalnya, MLP, MLL, MPP, MPL).
(iv) Tentukan bilangan ahli populasi dalam setiap strata (misalnya, MLP 50 orang,
MLL 70 orang, MPP 100 orang, MPL 30 orang).
(v) Berikan nombor (secara berturutan) kepada setiap ahli populasi dalam setiap strata (misalnya, MLP 00-49, MLL 00-69, MPP 00-99, MPL 00-29).
(vi) Tentukan saiz sampel bagi setiap strata (misalnya, 10 orang MLP, 14 orang
MLL, 20 orang MPP, 6 orang MPL, iaitu 20% daripada populasi dalam setiap starata).
(vii) Ambil nombor daripada jadual nombor rawak (JNR) dan pilih ahli populasi
daripada setiap strata sehingga mendapat saiz sampel yang dikehendaki.

(c) Persampelan Sistematik
Persampelan sistematik (PS) adalah satu proses persampelan, di mana setiap ahli
populasi diberi nombor berturutan, dan sampel dipilih dengan mengambil ahli
populasi yang bernombor dengan selang tertentu; misalnya nombor 5, 10, 15, 20,....; sehingga saiz sampel yang dikehendaki diperoleh. Kelebihan PS berbanding PRM dan PRS ialah PS lebih mudah dilaksanakan, bagaimanapun kaedah ini tidak memberi peluang yang sama kepada setiap ahli populasi untuk dipilih. Dari segi tekniknya, ia perlu mengikuti beberapa langkah tertentu, seperti berikut:

(i), (ii), (iii) & (iv) sama seperti teknik PRM.
(v) Untuk mendapatkan selang nombor, kita bahagikan saiz populasi dengan saiz
sampel (misalnya, 250/50 = 5).
(vi) Untuk mendapatkan sampel, kita boleh memilih ahli-ahli nombor 4, 9, 14, 19,
..., 249; yang akhirnya kita akan dapat 50 orang murid sampel.

(d) Persampelan Kelompok
Persampelan kelompok (PK) adalah satu proses persampelan, di mana ahli-ahli
populasi berada dalam kumpulan-kumpulan tertentu, dan pemilihan sampel dibuat
dengan, pertama memilih beberapa kumpulan secara rawak dan, kedua, mengambil
semua ahli daripada kumpulan-kumpulan ini sebagai sampel kajian. Kelebihan PK
berbanding PRM, PRS dan PS ialah ia lebih mudah dilaksanakan, bagaimanapun
kaedah ini tidak memberi peluang yang sama kepada setiap ahli populasi untuk
dipilih. Dari segi tekniknya, ia perlu mengikuti beberapa langkah tertentu, seperti
berikut:
(i) Sama seperti PRM.
(ii) Tentukan bilangan ahli populasi dan ahli sampelnya (misalnya, 250 orang populasi, 50 orang sampel).
(iii) Tentukan bilangan kumpulan populasi ini dan berikan nombor kepada setiap
satunya (misalnya, 10 kelas yang setiap satunya mengandungi 25 orang murid).
(iv) Tentukan bilangan kumpulan populasi yang perlu dipilih sebagai sampel dan
pilih kumpulan-kumpulan ini dengan menggunakan nombor rawak (misalnya, kita perlukan dua kumpulan untuk mendapat 50 orang sampel).
(v) Ambil semua ahli daripada setiap kumpulan yang dipilih untuk dijadikan sampel kajian.


ALAT KAJIAN

Pengutipan data kajian, sama ada kualitatif atau kuantitatif, memerlukan alat-alat kajian
yang sesuai untuk menjawab soalan-soalan kajian. Data kualitatif boleh dikutip melalui
temubual, pemerhatian, soalselidik, penelitian dokumen dan sebagainya. Data kuantitatif
pula boleh dikutip melalui, misalnya, soal selidik, ujian atau inventori.

Pembinaan Alat Kajian
Alat-alat kajian perlu dibina terlebih dahulu, sebelum kajian sebenar dijalankan. Sekiranya
kajian menggunakan ujian, ia perlu dirancang dan dibina supaya bersesuaian dengan
tujuan dan objektif kajian. Sesuatu ujian yang dibina dengan baik akan memberi ukuran
variabel dengan tepat/sah. Data yang dikutip ini akhirnya akan dianalisis dan hasilnya
akan ditafsir oleh pengkaji. Justeru, ketepatan data kajian amatlah penting disebabkan
penakrifan yang betul bergantung kepada data yang tepat. Proses pembinaan alat kajian
boleh dibahagikan kepada dua (2) bahagian, iaitu (a) menentukan objektif alat kajian, dan
(b) menentukan kandungan alat kajian,


Menentukan Objektif Ujian
Sesuatu ujian perlu dibina mengikut objektifnya, iaitu apakah yang kita ingin tahu
tentang responden kajian kita. Objektif tingkah laku yang ingin diukur hendaklah
dinyatakan dengan jelas dan ia hendaklah boleh dicapai (realistic). Contoh objektif
ujian ialah “Murid dapat menjelaskan bentuk muka bumi kampung/taman
perumahannya”. Ujian juga boleh digunakan untuk mengukur kecerdasan muridmurid.


Menentukan Kandungan
Ujian yang berkesan ialah ujian yang mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan
kandungan (content validity) yang tinggi, iaitu berupaya mengukur kandungan
secara tekal dan tepat. Di sini, kebolehpercayaan bermaksud keupayaan ujian
mengekalkan skor, sekiranya seseorang mengambil ujian yang sama beberapa kali.
Kesahan pula bermaksud keupayaan ujian mengukur apa yang hendak diukur
dengan tepat (contohnya, berapa tepat ujian kecerdasan berupaya mengukur kecerdasan).
Sebelum ujian dibina, kandungan bidang yang ingin diukur hendaklah ditentukan
terlebih dahulu. Biasanya, kandungan bidang adalah agak luas. Bagaimanapun,
anda boleh menggunakan teknik persampelan ke atas kandungan ini untuk memilih
sampel kandungan sebagai wakil kepada kandungan sebenar (populasinya). Kita
juga perlu memestikan sampel kandungan yang dipilih dapat mengukur tingkah laku
yang ingin diukur. Pakar bidang boleh diguna untuk memastikan sampel kandungan
adalah sesuai dan ujian yang dibina mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan
yang tinggi.


Jenis Kebolehpercayaan dan Kesahan
Terdapat tiga (3) jenis kebolehpercayaan; iaitu kestabilan (stability), kesetaraan
(equivalence) dan ketekalan dalaman (internal consistency).


Kestabilan
Kebolehpercayaan kestabilan ialah ukuran ketekalan (consistency) mengikut
peredaran masa bagi sampel yang sama. Ini bermakna alat/ujian yang boleh
dipercayai akan memberikan skor yang sama dari masa ke masa bagi responden
yang sama. Indeks kebolehpercayaan kestabilan ialah korelasi antara skor ujian kali
pertama dengan skor ujian kali kedua.

(ii) Kesetaraan
Kebolehpercayaan kesetaraan ialah ukuran kesetaraan antara skor bagi dua (2)
ujian yang setara, iaitu ujian yang berbeza, tetapi mengukur kandungan yang sama.
Ini bermakna ujian yang boleh dipercayai akan memberikan skor yang sama
sekiranya responden yang sama mengambil dua (2) ujian yang berebeza tetapi
setara. Indeks kebolehpercayaan kesetaraan ialah korelasi antara skor ujian
pertama dengan skor ujian kedua.

Ketekalan Dalaman
Kebolehpercayaan ketekalan dalaman ialah ukuran ketekalan antara skor separuh
daripada ujian dengan skor separuh lagi ujian bagi ujian yang sama. Ini bermakna
ujian yang boleh dipercayai akan memberikan skor yang sama bagi responden yang
sama, sekiranya ujian tersebut dibahagikan kepada dua (2) bahagian. Indeks
kebolehpercayaan ketekalan dalaman ialah korelasi antara skor ujian bahagian
pertama dengan skor ujian bahagian kedua.

Seterusnya, terdapat empat (4) jenis kesahan, iaitu kesahan kandungan (content validity), kesahan hubungan kriteria (criterion-related validity), kesahan konstruk (construct validity) dan kesahan muka (face validity).

(i) Kesahan Kandungan
Kesahan kandungan ialah ukuran sejauh/setepat mana sesuatu ujian dapat
mengukur kandungan bidang yang hendak diukur. Kesahan kandungan sesuatu
ujian adalah penting dalam kajian disebabkan, sekiranya kesahan kandungan rendah
maka markah ujian yang diperoleh tidak menunjukkan keupayaan sebenar
responden bagi kandungan yang diukur. Kesahan kandungan boleh ditingkatkan
dengan membandingkan item-item ujian dengan objektif dan kandungan bidang.

(ii) Kesahan Hubungan Kriteria
Kesahan hubungan kriteria terdiri daripada dua (2) bentuk, iaitu kesahan serentak
(concurrent validity) dan kesahan ramalan (predictive validity). Kesahan serentak
ialah sejauh mana sesuatu alat ukur itu berupaya menghasilkan skor yang
mempunyai hubungan dengan skor yang dihasilkan oleh alat lain yang diambil
serentak. Contohnya, satu ujian dibina untuk mengukur perkara yang sama,
dikatakan lebih mudah dan lebih cepat digunakan berbanding dengan ujian sedia
ada. Kesahan serentak boleh dikira dengan mencari korelasi antara dua skor ujianujian ini.

Kesahan ramalan pula ialah sejauh mana sesuatu alat ukur itu berupaya
menghasilkan skor yang mempunyai hubungan dengan skor yang dihasilkan oleh
alat lain yang diambil kemudian. Contohnya, satu ujian dibina untuk mengukur
pencapaian Matematik, dikatakan dapat meramal keputusan SPM Matematik.
Kesahan ramalan boleh dikira dengan mencari korelasi antara skor ujian dan gred SPM.


(iii) Kesahan Konstruk
Kesahan konstruk ialah ukuran sejauh/setepat mana sesuatu ujian dapat mengukur
sesuatu konstruk/gagasan berasaskan teori psikologi tertentu. Contohnya, alat yang
dibina untuk mengukur konstruk “rajin” sepatutnya dapat mengukur konstruk ini
dengan baik. Kesahan konstruk boleh ditingkatkan dengan memahami maksud
konstruk tertentu (misalnya, maksud “rajin”) dan mengetahui ciri-ciri orang yang
mempunyai konstruk ini (misalnya, ciri-ciri orang yang “rajin”).

(iv) Kesahan Muka
Kesahan muka bukanlah kesahan seperti yang dijelaskan, tetapi lebih kepada
sesuatu alat/ujian “nampak pada permukaannya” dapat mengukur apa yang hendak
diukur. Contohnya, bagi alat yang mengukur konstruk “rajin”, kita sepatutnya nampak
item-itemnya berkait dengan ciri-ciri orang yang “rajin”. Kesahan muka akan memberi
keyakinan kepada responden terhadap item-item yang hendak dijawab,
Bagaimanapun, kesahan muka mempunyai kelemahan tertentu, disebabkan responden boleh meneka jawapan yang “positif” kepada konstruk yang hendak diukur






Kebolehpercayaan dan Kesahan
“Kesahan” dan “kebolehpercayaan” merupakan dua aspek yang berbeza daripada
kepercayaan kajian. Isu isu yang berhubung dengan kepercayaan kajian ialah dari segi:
(1) alat yang digunakan dalam kajian; (2) proses mengutip data; dan (3) kaedah analisis data. Rumus yang dipakai adalah: kebolehpercayaan dan kesahan, keduanya
berorientasikan proses.
Dalam kajian kualitatif, alat mengutip data, secara amnya, boleh digolongkan kepada tiga (3) jenis, iaitu: (1) temuduga, (2) pemerhatian dan (3) dokumentasi.
Diskusi mengenainya boleh difokuskan dalam hal-hal berikut:
• kebolehpercayaan dan kesahan alat; dan
• triangulasi
(a) Kebolehpercayaan dan Kesahan Alat
Kebolehpercayaan dan kesahan tidak akan dibincangkan di sini. Kedua-dua konsep
ini telah pun diterangkan sebelum ini. Oleh itu, perbincangan akan ditumpukan
kepada triangulasi.
(b) Triangulasi
Triangulasi merupakan satu konsep yang digunakan umum dalam aktiviti lapangan,
membuat peta, navigasi dan latihan militer. Dalam sains sosial, triangulasi digunakan
untuk tujuan pengesahan. Dalam triangulasi juga, beberapa strategi pengutipan data
digunakan untuk mengukur sesuatu konsep. Masalah berkaitan kebolehpercayaan
dan kesahan boleh dikurangkan melalui triangulasi. Denzin (1978) mengenal pasti
empat (4) kategori triangulasi seperti berikut:

 (i) Triangulasi data yang melibatkan pengutipan pelbagai jenis data untuk
menyelidik fenomena yang sama.
(ii) Triangulasi penyelidikan yang melibatkan pelbagai pemerhati berbanding
dengan pemerhati tunggal untuk menyelidik fenomena yang sama.
(iii) Triangulasi teori yang melibatkan penggunaan lebih daripada satu teori untuk
menyelidik fenomena yang sama.
(iv) Triangulasi kaedah yang melibatkan penggunaan pelbagai kaedah untuk
menyelidik fenomena yang sama.
Dalam kajian kualitatif, mustahak bagi kita menggunakan teknik yang berbeza untuk
mengumpul data. Kita juga perlu menggunakan strategi yang berbeza untuk
menyelidik fenomena yang sama. Untuk memperoleh kebolehpercayaan dan
kesahan, kita tidak boleh mengenepikan penggunaan triangulasi, sebab cara ini
dipercayai lebih berkesan jika digunakan dalam kajian kualitatif.

Panduan penulisan kajian tindakan




 




 
 
                 

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN
PENYELIDIKAN TINDAKAN II
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN      DENGAN KEPUJIAN
             
  

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
               KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

   25 Mei 2010
Edisi Pelajar
PANDUAN  PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PENYELIDIKAN TINDAKAN II
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)


1.0  PENGENALAN

            Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan  Kepujian adalah satu program latihan perguruan praperkhidmatan untuk melatih bakal guru dalam pelbagai bidang khusus untuk pendidikan sekolah rendah. Kursus Penyelidikan Tindakan II dalam program ini adalah bertujuan melahirkan guru-guru yang mempunyai kemahiran dan keterampilan melaksana dan melaporkan Penyelidikan Tindakan sebagai wahana meningkatkan profesionalisme guru. Amalan Penyelidikan Tindakan dalam kalangan guru akan memberikan impak yang positif kepada perubahan yang terancang ke arah peningkatan amalan pedagogi dan inovasi dalam kalangan guru. Penyelidikan Tindakan juga boleh membina keupayaan intelek yang dapat membantu guru melihat proses pengajaran dan pembelajaran sebagai sesuatu yang dinamik dan berkembang sejajar dengan perkembangan ilmu keguruan dan pendidikan.



2.0  RASIONAL

Proforma Kursus Penyelidikan Tindakan II PISMP memberikan penekanan khusus kepada usaha untuk melahirkan pelajar yang berkeupayaan dan berketrampilan mempraktikkan kemahiran penyelidikan yang diperolehi. Usaha bagi mengekalkan tahap penguasaan kemahiran dan pengetahuan perlu dinilai dari masa ke semasa secara sistematik. Penilaian Kerja Kursus adalah satu kaedah yang sesuai digunakan dalam usaha mengekalkan tahap dan pencapaian pelajar sepanjang pengajian di IPG.

Justeru, Panduan Pentaksiran Penyelidikan Tindakan II ini disediakan sebagai satu garis panduan pelaksanaan dan pentaksiran Kerja Kursus berbentuk pelaksanaan kajian (amali) dan pelaporan bagi memastikan pelajar-pelajar mencapai tahap penguasaan kemahiran yang diperlukan dalam melaksanakan Penyelidikan Tindakan.  Melalui panduan ini juga diharapkan, pentaksiran Penyelidikan Tindakan II dapat dilaksanakan dengan sistematik serta meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran tersebut.






3.0  OBJEKTIF  PANDUAN PENTAKSIRAN PENYELIDIKAN TINDAKAN II

3.1       Menyeragamkan proses pentaksiran pelaksanaan dan pelaporan Penyelidikan Tindakan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan.

3.2       Menyediakan instrumen  pentaksiran  pelaksanaan dan pelaporan Penyelidikan Tindakan

3.3       Meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran yang dilaksanakan.

3.4       Sebagai dokumen rujukan dan panduan dalam pengurusan pentaksiran dan penilaian, serta kawalan mutu dan keselamatan.


4.0       STRUKTUR  PENTAKSIRAN

Struktur Pentaksiran Penyelidikan Tindakan ll Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

BIL
KURSUS
KOD
KREDIT
PEP
KERJA KURSUS
CATATAN
PROJEK
PEMBENTANGAN
PELAPORAN
1.
Penyelidikan Tindakan Il – Bahasa Melayu Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan)
BMM3115
3 (0+3)
-
-
30%
70%


2.
Penyelidikan Tindakan ll – Bahasa Arab Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan)
BAM3115
3 (0+3)
-
-
30%
70%


3.
Penyelidikan Tindakan ll – Bahasa Cina Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan)
BCN3115
3 (0+3)
-
-
30%
70%


4.
Penyelidikan Tindakan ll – Bahasa Tamil Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan)
BTM3115
3 (0+3)
-
-
30%
70%


5.
Penyelidikan Tindakan ll – Pendidikan Islam Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan)
PIM3115
3 (0+3)
-
-
30%
70%


6.
Penyelidikan Tindakan ll – Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan)
PJM3119
3 (0+3)
-
-
30%
70%


7.
Penyelidikan Tindakan ll –  Pendidikan Prasekolah (Pelaksanaan dan Pelaporan)
PRA3115
3 (0+3)
-
-
30%
70%


8.
Penyelidikan Tindakan ll – Pengajian Sosial Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan)
PSS3115
3 (0+3)
-
-
30%
70%


9.
Penyelidikan Tindakan ll – Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan)
PSV3115
3 (0+3)
-
-
30%
70%


10.
Penyelidikan Tindakan ll – Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan)
MZU3124
3 (0+3)
-
-
30%
70%


11.

Action Research l – Primary Mathematics  (Implementation and Reporting)
MTE3115
3 (0+3)
-
-
30%
70%


12.
Action Research l – Primary Science (Implementation and Reporting)
SCE3115
3 (0+3)
-
-
30%
70%


13.
Penyelidikan Tindakan ll – Reka Bentuk Teknologi - Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan)
RBT3115
3 (0+3)
-
-
30%
70%


14.
Penyelidikan Tindakan ll – Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah (Kaedah)
PKB3115
3 (0+3)
-
-
30%
70%


15.
Penyelidikan Tindakan ll – Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan) (Pelaksanaan dan Pelaporan)
PKD3115
3 (0+3)
-
-
30%
70%


16.
Penyelidikan Tindakan ll – Pendidikan Khas Masalah Penglihatan Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan)
PKL3115
3 (0+3)
-
-
30%
70%


17.
Penyelidikan Tindakan ll – Pendidikan Khas Masalah Pemulihan (Pelaksanaan dan Pelaporan)
PKP3115
3 (0+3)
-
-
30%
70%


Jadual  I   :   Kursus-kursus yang melibatkan pentaksiran  Penyelidikan Tindakan ll


5.0    PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PENYELIDIKAN TINDAKAN ll

5.1         Panduan pelaksanaan pentaksiran Penyelidikan Tindakan ll ini digunapakai untuk semua kursus major berdasarkan hasil pembelajaran yang terkandung dalam proforma kursus major.  Sehubungan itu guru pelatih perlu mengaitkan fokus kajian mereka kepada major masing-masing.

5.2         Kerja Kursus bagi Kursus Penyelidikan Tindakan Il ini telah diselaraskan bentuk dan format penulisan laporan dan pembentangan Penyelidikan Tindakan untuk semua kursus major.

5.3         Seorang pensyarah (Penyelia) membimbing dan menilai sekumpulan pelajar antara 1 hingga 5 orang guru pelatih. Sebaiknya membimbing guru pelatih yang sama semasa Penyelidikan Tindakan l.


6.0    PROSEDUR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PENYELIDIKAN TINDAKAN ll
                       
6.1       Dua orang Pensyarah Penilai yang dilantik oleh pengarah IPG untuk menilai pembentangan Penyelidikan Tindakan pelajar bagi setiap sesi penilaian pembentangan.

6.2       Penilaian menggunakan skala pemarkahan seperti yang ditetapkan dalam rubrik pemarkahan kursus yang berkenaan

6.3       Markah dari setiap aspek yang dinilai hendaklah digabungkan dalam satu borang rumusan.

6.4       Pengiraan markah  akhir dalam borang rumusan adalah berasaskan kiraan peratus.


7.0       PANDUAN FORMAT PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

*               Nama penyelidik
*                  Nama Institusi / Sekolah
*                  Isi Kandungan

1.0       PENDAHULUAN
Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu / Refleksi sorotan Litratur

2.0       FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

·                     Tinjauan Masalah
·                     Analisis Tinjauan Masalah

3.0       OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

4.0       KUMPULAN SASARAN

5.0        TINDAKAN
  
5.1        Prosedur Tindakan

5.2        Cara Mengumpul Data
 

6.0        ANALISIS DAN INTERPRETASI  DATA

7.0        DAPATAN

8.0        CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

*                  Senarai Rujukan
*                  Lampiran


8.0       SPESIFIKASI PENTAKSIRAN PENYELIDIKAN TINDAKAN ll
           
8.1       PELAPORAN

BIL
BENTUK TUGASAN
KRITERIA PENTAKSIRAN
MARKAH
PETUNJUK PRESTASI
WAJARAN
1
PELAPORAN
1.0    PENDAHULUAN
          Refleksi pengalaman     yang lalu / Refleksi Sorotan Literatur
















2.0   FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN
  • Tinjauan Masalah
  • Analisis Tinjauan Masalah






















3.0   OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN     KAJIAN









4.0   KUMPULAN SASARAN






5.0  TINDAKAN  
  5.1 Prosedur Tindakan
   








5.2 Cara Mengumpul Data
 










6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI  DATA






7.0 DAPATAN






8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA




9.0  Pengolahan/ Kejelasan Penulisan






10.0  SENARAI RUJUKAN





5

















20

























5









5






5











5








10







5







5





20







10
Menghurai pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus kajian amat jelas

Menilai kembali pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus amat berkesan

Membincangkan secara mendalam andaian, nilai dan kepercayaan terhadap P&P dalam refleksi pengalaman P&P

Membincangkan secara amat terperinci jurang antara nilai dan kepercayaan yang dipegang dengan amalan P&P yang dilaksanakan

Mengenal pasti dan menghuraikan isu keprihatinan yang berkait dengan pengalaman pengkaji dan relevan kepada keperluan murid dengan amat baik dan jelas

Dapat menilai pemilihan fokus berdasarkan kriteria berikut:
·         Kebolehtadbiran
·         Kepentingan
·         Kebolehgunaan
·         kawalan
·         kolaborasi
·         kerelevanan kepada sekolah

Menyatakan fokus kajian dan peluang penambahbaikan dengan amat jelas

Menghuraikan cara  pengumpulan data awal untuk membuktikan masalah / isu wujud secara amat terperinci


Pernyataan objektif  kajian tindakan dapat dinyatakan  dengan amat jelas 3 perkara berikut
·         fokus
·         tindakan
·         pencapaian tindakan

Soalan kajian amat relevan dengan objektif kajian



Memerihalkan ciri-ciri responden  secara amat terperinci
  • bilangan
  • jantina
  • nama kelas/jawatan
  • prestasi akademik
ciri-ciri unik yang lain
Memperincikan langkah-langkah/aktiviti tindakan (P&P) dengan amat jelas

Memberi rasional terhadap tindakan yang dicadangkan dengan amat jelas



Kaedah pengumpulan data yang amat  sesuai untuk menjawab soalan kajian tindakan

Instrumen kajian tindakan dijelaskan dengan amat terperinci dan dilampirkan

Kaedah analisis data amat sesuai bagi data yang dikumpul

Analisis data telah dijelaskan dengan amat baik  

Menginterpretasi  semua data dengan amat lengkap


Dapatan kajian  yang dilaporkan amat sesuai dengan  soalan kajian  .

Menghubungkaitkan kajian lepas dengan dapatan kajian secara amat jelas

Dapat  menilai tindakan yang diambil secara kritis

Cadangan untuk kajian lanjutan dibincangkan dengan amat jelas.


Kesemua isi telah diolah dengan amat baik

Urutan idea yang  teratur

Penggunaan bahasa amat sesuai dengan penulisan ilmiah

Unsur refleksi amat  jelas

Menyenaraikan lebih daripada 10 rujukan yang berkaitan

Penulisan rujukan adalah konsisten dengan gaya rujukan  American Psychological Association (APA)  

Semua rujukan yang digunakan  amat relevan dan berkredibiliti


70%
















































































































2.
SIKAP DAN SAHSIAH

5
Menunjukkan tindakbalas yang amat positif terhadap komen atau kritikan.

Menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menyelesaikan tugasan. 

Menunjukkan tahap penglibatan yang cemerlang.


JUMLAH
100

8.2       PEMBENTANGAN

BIL
BENTUK TUGASAN
KRITERIA PENTAKSIRAN
MARKAH
PETUNJUK PRESTASI
WAJARAN
1
PEMBENTANGAN
1.0    Penyampaian

          Pengkaji berkomunikasi      secara berkesan














2.0    Pengolahan Pembentangan

Pengkaji menunjukkan pengolahan secara teratur







3.0   Isi Kandungan

Menerang & menjelaskan dapatan kajian



4.0    Soal Jawab

Soalan penilai hanya berhubung dengan kajian yang dilaksanakan



20














30











25





20


Membentangkan hasil kajian dengan amat jelas dan yakin

Nada yang amat sesuai.

Penggunaan bahasa yang tepat  dan menarik.
Fokus kajian sangat jelas.

Menyokong dapatan dengan bukti yang amat tepat.

Bukti dari pelbagai sumber

Penggunaan media sangat berkesan


Memperkenalkan topik secara amat jelas dan kreatif.

Isi-isi disusun secara koheren.

Membuat  kesimpulan yang amat baik berasaskan bukti.

Fokus kajian sangat jelas.





Menyokong dapatan dengan bukti yang amat tepat.

Bukti dari pelbagai sumber



Menjawab soalan dengan amat jelas

Berpengetahuan yang sangat baik dalam  kajian yang dibentang

30%














































2.
SIKAP DAN SAHSIAH


5

Menepati masa

Penampilan diri yang sangat menarik.

Sangat yakin


JUMLAH
100




           
      












9.0             SYARAT LULUS PENTAKSIRAN  PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

              9.1   Pelajar lulus

    9.1.1    Kehadiran 100% dalam pengajaran dan pembelajaran

    9.1.2        Pelajar wajib menghasilkan pelaporan Penyelidikan Tindakan dan membentangkan dengan lengkap mengikut format dan kriteria yang ditetapkan

    9.1.3    Mencapai markah keseluruhan sekurang-kurangnya 40%


            9.2       Pelajar Gagal

9.2.1     Tidak melengkap dan menyempurnakan pelaporan dan pembentangan Penyelidikan Tindakan  

9.2.2   Tidak mencapai markah 40% ke atas

9.2.3  Pelajar yang tidak melengkap dan menyempurnakan pelaporan dan pembentangan Penyelidikan Tindakan  dikehendaki mengulang.

9.2.4   Pelajar dikehendaki mengulang pentaksiran tersebut pada tarikh yang ditetapkan.

9.2.5   Pelajar yang lulus pentaksiran ulangan hanya diberi gred lulus sahaja.














10.0   KAWALAN KESELAMATAN

10.1    Kawalan Mutu

10.1.1   Pentaksiran Kerja Kursus ini wajib dimoderasikan

10.1.2.  Pentaksiran kerja kursus ini hendaklah menggunakan instrumen yang telah disediakan.

10.1.3   Pemantauan akan dilakukan  oleh pihak Bahagian Pendidikan Guru dari semasa ke semasa untuk 
             mendapatkan maklum balas tentang pentaksiran yang dilaksanakan
       

10.2    Pengurusan Keselamatan Dokumen

10.2.1    Maklumat dan data tentang seseorang pelajar adalah dokumen terhad.

10.2.2    Instrumen pentaksiran yang digunakan oleh pensyarah adalah dokumen terhad.

10.2.3    Instrumen, maklumat dan data hendaklah diuruskan oleh Ketua Unit  Peperiksaan dan Penilaian
            IPG.