Populasi
dan Sampel Kajian
(Susunan
md anuwi Husain)
Menurut
Gay dan Airasian (2003) “Populasi adalah
kumpulan sasaran pengkaji, iaitu kumpulan kepada siapa hasil kajian akan
digeneralisasikan”. Sampel kajian pula ialah responden-responden kajian yang dipilih
untuk mewakili sesuatu populasi. Penetapan populasi kajian adalah penting dalam
kajian disebabkan populasi akan menentukan bagaimana dan berapa ramai sampel yang
akan kita pilih serta perbelanjaan kajian. Sebagai contoh, kajian tentang
keperluan murid-murid untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka di sekolah
luar bandar tertentulah berbeza daripada kajian tentang keperluan murid-murid
luar bandar di Malaysia. Populasi bagi kedua-dua kajian adalah berbeza, saiz
sampel akan berbeza, begitu juga reka bentuk kajian yang akan digunakan juga
berbeza.
Sesuatu
sampel yang baik ialah sampel yang mewakili populasi kajian. Terdapat tiga (3)
langkah dalam proses pemilihan sampel/persampelan, iaitu:
•
tentukan populasinya;
•
tentukan saiz sampel; dan
•
pilih sampel yang diperluka
Sebagai
contoh, kita ingin memilih sampel daripada murid-murid tahun 1 di sebuah
sekolah.
Anda sebagai seorang guru, pertama sekali perlu menentukan populasi kajian,
iaitu
murid-murid Tahun 1. Selepas itu, anda perlu menentukan saiz sampel, misalnya,
daripada
200 orang murid Tahun 1, anda memerlukan 30% daripadanya, iaitu 60 orang
murid.
Bagi langkah ketiga, anda perlu memilih 60 orang murid daripada 200 orang
secara rawak. Anda boleh menggunakan salah satu daripada empat (4) kaedah yang
dinyatakan.
(a)
Persampelan Rawak Mudah
Persampelan
rawak mudah (PRM) adalah satu proses pemilihan sampel di mana
semua
individu dalam populasi tertentu mempunyai peluang yang sama untuk dipilih
sebagai
sampel. Persampelan rawak mudah merupakan kaedah terbaik untuk
mendapatkan
sampel yang mewakili populasi. Dari segi tekniknya, ia perlu mengikuti
beberapa
langkah tertentu, seperti berikut:
(i)
Kenal pasti populasi dan berikan definisinya (misalnya, murid-murid Tahun 1).
(ii)
Tentukan bilangan ahli populasi dan senaraikan nama mereka (misalnya, 250 orang).
(iii)
Berikan nombor (secara berturutan) kepada setiap ahli populasi (misalnya, 000 hingga
249).
(iv)
Tentukan saiz sampel (misalnya, 50 orang, iaitu 20% daripada populasi).
(v)
Ambil nombor daripada jadual nombor rawak (JNR) dan pilih ahli populasi yang bernombor
sama dengan nombor daripada JNR ini sebagai sampel kajian, dan ulang cara ini
sehingga mendapat 50 orang sampel.
(b)
Persampelan Rawak Berstrata
Persampelan
rawak berstrata (PRS) adalah satu proses pemilihan sampel di mana
populasi
kajian dibahagikan kepada beberapa strata/kumpulan kecil [misalnya, murid
lelaki
pandai (MLP), murid lelaki lemah (MLL), murid perempuan pandai (MPP),
murid
perempuan lemah (MPL)] dan semua individu dalam setiap strata mempunyai
peluang
yang sama untuk dipilih sebagai sampel. Kelebihan PRS berbanding PRM
ialah
penggunaan PRM lebih meyakinkan kita untuk mendapat perwakilan daripada
setiap
strata pupulasi mengikut peratusan bilangan ahli-ahli dalam strata tersebut.
Dari
segi tekniknya, ia perlu mengikuti beberapa langkah tertentu, seperti berikut
(i)
& (ii) sama seperti teknik PRM.
(iii)
Bahagikan populasi kepada strata tertentu (misalnya, MLP, MLL, MPP, MPL).
(iv)
Tentukan bilangan ahli populasi dalam setiap strata (misalnya, MLP 50 orang,
MLL
70 orang, MPP 100 orang, MPL 30 orang).
(v)
Berikan nombor (secara berturutan) kepada setiap ahli populasi dalam setiap strata
(misalnya, MLP 00-49, MLL 00-69, MPP 00-99, MPL 00-29).
(vi)
Tentukan saiz sampel bagi setiap strata (misalnya, 10 orang MLP, 14 orang
MLL,
20 orang MPP, 6 orang MPL, iaitu 20% daripada populasi dalam setiap starata).
(vii)
Ambil nombor daripada jadual nombor rawak (JNR) dan pilih ahli populasi
daripada
setiap strata sehingga mendapat saiz sampel yang dikehendaki.
(c)
Persampelan Sistematik
Persampelan
sistematik (PS) adalah satu proses persampelan, di mana setiap ahli
populasi
diberi nombor berturutan, dan sampel dipilih dengan mengambil ahli
populasi
yang bernombor dengan selang tertentu; misalnya nombor 5, 10, 15, 20,....;
sehingga saiz sampel yang dikehendaki diperoleh. Kelebihan PS berbanding PRM
dan PRS ialah PS lebih mudah dilaksanakan, bagaimanapun kaedah ini tidak memberi
peluang yang sama kepada setiap ahli populasi untuk dipilih. Dari segi tekniknya,
ia perlu mengikuti beberapa langkah tertentu, seperti berikut:
(i),
(ii), (iii) & (iv) sama seperti teknik PRM.
(v)
Untuk mendapatkan selang nombor, kita bahagikan saiz populasi dengan saiz
sampel
(misalnya, 250/50 = 5).
(vi)
Untuk mendapatkan sampel, kita boleh memilih ahli-ahli nombor 4, 9, 14, 19,
...,
249; yang akhirnya kita akan dapat 50 orang murid sampel.
(d)
Persampelan Kelompok
Persampelan
kelompok (PK) adalah satu proses persampelan, di mana ahli-ahli
populasi
berada dalam kumpulan-kumpulan tertentu, dan pemilihan sampel dibuat
dengan,
pertama memilih beberapa kumpulan secara rawak dan, kedua, mengambil
semua
ahli daripada kumpulan-kumpulan ini sebagai sampel kajian. Kelebihan PK
berbanding
PRM, PRS dan PS ialah ia lebih mudah dilaksanakan, bagaimanapun
kaedah
ini tidak memberi peluang yang sama kepada setiap ahli populasi untuk
dipilih.
Dari segi tekniknya, ia perlu mengikuti beberapa langkah tertentu, seperti
berikut:
(i)
Sama seperti PRM.
(ii)
Tentukan bilangan ahli populasi dan ahli sampelnya (misalnya, 250 orang populasi,
50 orang sampel).
(iii)
Tentukan bilangan kumpulan populasi ini dan berikan nombor kepada setiap
satunya
(misalnya, 10 kelas yang setiap satunya mengandungi 25 orang murid).
(iv)
Tentukan bilangan kumpulan populasi yang perlu dipilih sebagai sampel dan
pilih
kumpulan-kumpulan ini dengan menggunakan nombor rawak (misalnya, kita perlukan
dua kumpulan untuk mendapat 50 orang sampel).
(v)
Ambil semua ahli daripada setiap kumpulan yang dipilih untuk dijadikan sampel kajian.
ALAT
KAJIAN
Pengutipan
data kajian, sama ada kualitatif atau kuantitatif, memerlukan alat-alat kajian
yang
sesuai untuk menjawab soalan-soalan kajian. Data kualitatif boleh dikutip
melalui
temubual,
pemerhatian, soalselidik, penelitian dokumen dan sebagainya. Data kuantitatif
pula
boleh dikutip melalui, misalnya, soal selidik, ujian atau inventori.
Pembinaan
Alat Kajian
Alat-alat
kajian perlu dibina terlebih dahulu, sebelum kajian sebenar dijalankan.
Sekiranya
kajian
menggunakan ujian, ia perlu dirancang dan dibina supaya bersesuaian dengan
tujuan
dan objektif kajian. Sesuatu ujian yang dibina dengan baik akan memberi ukuran
variabel
dengan tepat/sah. Data yang dikutip ini akhirnya akan dianalisis dan hasilnya
akan
ditafsir oleh pengkaji. Justeru, ketepatan data kajian amatlah penting
disebabkan
penakrifan
yang betul bergantung kepada data yang tepat. Proses pembinaan alat kajian
boleh
dibahagikan kepada dua (2) bahagian, iaitu (a) menentukan objektif alat kajian,
dan
(b)
menentukan kandungan alat kajian,
Menentukan
Objektif Ujian
Sesuatu
ujian perlu dibina mengikut objektifnya, iaitu apakah yang kita ingin tahu
tentang
responden kajian kita. Objektif tingkah laku yang ingin diukur hendaklah
dinyatakan
dengan jelas dan ia hendaklah boleh dicapai (realistic). Contoh objektif
ujian
ialah “Murid dapat menjelaskan bentuk muka bumi kampung/taman
perumahannya”.
Ujian juga boleh digunakan untuk mengukur kecerdasan muridmurid.
Menentukan
Kandungan
Ujian
yang berkesan ialah ujian yang mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan
kandungan
(content validity) yang tinggi, iaitu berupaya mengukur kandungan
secara
tekal dan tepat. Di sini, kebolehpercayaan bermaksud keupayaan ujian
mengekalkan
skor, sekiranya seseorang mengambil ujian yang sama beberapa kali.
Kesahan
pula bermaksud keupayaan ujian mengukur apa yang hendak diukur
dengan
tepat (contohnya, berapa tepat ujian kecerdasan berupaya mengukur kecerdasan).
Sebelum
ujian dibina, kandungan bidang yang ingin diukur hendaklah ditentukan
terlebih
dahulu. Biasanya, kandungan bidang adalah agak luas. Bagaimanapun,
anda
boleh menggunakan teknik persampelan ke atas kandungan ini untuk memilih
sampel
kandungan sebagai wakil kepada kandungan sebenar (populasinya). Kita
juga
perlu memestikan sampel kandungan yang dipilih dapat mengukur tingkah laku
yang
ingin diukur. Pakar bidang boleh diguna untuk memastikan sampel kandungan
adalah
sesuai dan ujian yang dibina mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan
yang
tinggi.
Jenis
Kebolehpercayaan dan Kesahan
Terdapat
tiga (3) jenis kebolehpercayaan; iaitu kestabilan (stability),
kesetaraan
(equivalence)
dan ketekalan dalaman (internal consistency).
Kestabilan
Kebolehpercayaan
kestabilan ialah ukuran ketekalan (consistency) mengikut
peredaran
masa bagi sampel yang sama. Ini bermakna alat/ujian yang boleh
dipercayai
akan memberikan skor yang sama dari masa ke masa bagi responden
yang
sama. Indeks kebolehpercayaan kestabilan ialah korelasi antara skor ujian kali
pertama
dengan skor ujian kali kedua.
(ii)
Kesetaraan
Kebolehpercayaan
kesetaraan ialah ukuran kesetaraan antara skor bagi dua (2)
ujian
yang setara, iaitu ujian yang berbeza, tetapi mengukur kandungan yang sama.
Ini
bermakna ujian yang boleh dipercayai akan memberikan skor yang sama
sekiranya
responden yang sama mengambil dua (2) ujian yang berebeza tetapi
setara.
Indeks kebolehpercayaan kesetaraan ialah korelasi antara skor ujian
pertama
dengan skor ujian kedua.
Ketekalan
Dalaman
Kebolehpercayaan
ketekalan dalaman ialah ukuran ketekalan antara skor separuh
daripada
ujian dengan skor separuh lagi ujian bagi ujian yang sama. Ini bermakna
ujian
yang boleh dipercayai akan memberikan skor yang sama bagi responden yang
sama,
sekiranya ujian tersebut dibahagikan kepada dua (2) bahagian. Indeks
kebolehpercayaan
ketekalan dalaman ialah korelasi antara skor ujian bahagian
pertama
dengan skor ujian bahagian kedua.
Seterusnya,
terdapat empat (4) jenis kesahan, iaitu kesahan kandungan (content validity),
kesahan hubungan kriteria (criterion-related validity), kesahan
konstruk (construct validity) dan kesahan muka (face validity).
(i)
Kesahan Kandungan
Kesahan
kandungan ialah ukuran sejauh/setepat mana sesuatu ujian dapat
mengukur
kandungan bidang yang hendak diukur. Kesahan kandungan sesuatu
ujian
adalah penting dalam kajian disebabkan, sekiranya kesahan kandungan rendah
maka
markah ujian yang diperoleh tidak menunjukkan keupayaan sebenar
responden
bagi kandungan yang diukur. Kesahan kandungan boleh ditingkatkan
dengan
membandingkan item-item ujian dengan objektif dan kandungan bidang.
(ii)
Kesahan Hubungan Kriteria
Kesahan
hubungan kriteria terdiri daripada dua (2) bentuk, iaitu kesahan serentak
(concurrent
validity) dan kesahan ramalan (predictive validity). Kesahan
serentak
ialah
sejauh mana sesuatu alat ukur itu berupaya menghasilkan skor yang
mempunyai
hubungan dengan skor yang dihasilkan oleh alat lain yang diambil
serentak.
Contohnya, satu ujian dibina untuk mengukur perkara yang sama,
dikatakan
lebih mudah dan lebih cepat digunakan berbanding dengan ujian sedia
ada.
Kesahan serentak boleh dikira dengan mencari korelasi antara dua skor
ujianujian ini.
Kesahan ramalan
pula ialah sejauh mana sesuatu alat ukur itu berupaya
menghasilkan
skor yang mempunyai hubungan dengan skor yang dihasilkan oleh
alat
lain yang diambil kemudian. Contohnya, satu ujian dibina untuk mengukur
pencapaian
Matematik, dikatakan dapat meramal keputusan SPM Matematik.
Kesahan
ramalan boleh dikira dengan mencari korelasi antara skor ujian dan gred SPM.
(iii)
Kesahan Konstruk
Kesahan
konstruk ialah ukuran sejauh/setepat mana sesuatu ujian dapat mengukur
sesuatu
konstruk/gagasan berasaskan teori psikologi tertentu. Contohnya, alat yang
dibina
untuk mengukur konstruk “rajin” sepatutnya dapat mengukur konstruk ini
dengan
baik. Kesahan konstruk boleh ditingkatkan dengan memahami maksud
konstruk
tertentu (misalnya, maksud “rajin”) dan mengetahui ciri-ciri orang yang
mempunyai
konstruk ini (misalnya, ciri-ciri orang yang “rajin”).
(iv)
Kesahan Muka
Kesahan
muka bukanlah kesahan seperti yang dijelaskan, tetapi lebih kepada
sesuatu
alat/ujian “nampak pada permukaannya” dapat mengukur apa yang hendak
diukur.
Contohnya, bagi alat yang mengukur konstruk “rajin”, kita sepatutnya nampak
item-itemnya
berkait dengan ciri-ciri orang yang “rajin”. Kesahan muka akan memberi
keyakinan
kepada responden terhadap item-item yang hendak dijawab,
Bagaimanapun,
kesahan muka mempunyai kelemahan tertentu, disebabkan responden boleh meneka
jawapan yang “positif” kepada konstruk yang hendak diukur
Kebolehpercayaan
dan Kesahan
“Kesahan”
dan “kebolehpercayaan” merupakan dua aspek yang berbeza daripada
kepercayaan
kajian. Isu isu yang berhubung dengan kepercayaan kajian ialah dari segi:
(1)
alat yang digunakan dalam kajian; (2) proses mengutip data; dan (3) kaedah
analisis data. Rumus yang dipakai adalah: kebolehpercayaan dan kesahan,
keduanya
berorientasikan
proses.
Dalam
kajian kualitatif, alat mengutip data, secara amnya, boleh digolongkan kepada
tiga (3) jenis, iaitu: (1) temuduga, (2) pemerhatian dan (3) dokumentasi.
Diskusi
mengenainya boleh difokuskan dalam hal-hal berikut:
•
kebolehpercayaan dan kesahan alat; dan
•
triangulasi
(a)
Kebolehpercayaan dan Kesahan Alat
Kebolehpercayaan
dan kesahan tidak akan dibincangkan di sini. Kedua-dua konsep
ini
telah pun diterangkan sebelum ini. Oleh itu, perbincangan akan ditumpukan
kepada
triangulasi.
(b)
Triangulasi
Triangulasi
merupakan satu konsep yang digunakan umum dalam aktiviti lapangan,
membuat
peta, navigasi dan latihan militer. Dalam sains sosial, triangulasi digunakan
untuk
tujuan pengesahan. Dalam triangulasi juga, beberapa strategi pengutipan data
digunakan
untuk mengukur sesuatu konsep. Masalah berkaitan kebolehpercayaan
dan
kesahan boleh dikurangkan melalui triangulasi. Denzin (1978) mengenal pasti
empat
(4) kategori triangulasi seperti berikut:
(i) Triangulasi data yang melibatkan
pengutipan pelbagai jenis data untuk
menyelidik
fenomena yang sama.
(ii)
Triangulasi penyelidikan yang melibatkan pelbagai pemerhati berbanding
dengan
pemerhati tunggal untuk menyelidik fenomena yang sama.
(iii)
Triangulasi teori yang melibatkan penggunaan lebih daripada satu teori
untuk
menyelidik
fenomena yang sama.
(iv)
Triangulasi kaedah yang melibatkan penggunaan pelbagai kaedah untuk
menyelidik
fenomena yang sama.
Dalam
kajian kualitatif, mustahak bagi kita menggunakan teknik yang berbeza untuk
mengumpul
data. Kita juga perlu menggunakan strategi yang berbeza untuk
menyelidik
fenomena yang sama. Untuk memperoleh kebolehpercayaan dan
kesahan,
kita tidak boleh mengenepikan penggunaan triangulasi, sebab cara ini
dipercayai
lebih berkesan jika digunakan dalam kajian kualitatif.