KAUNSELING
DAN TERAPI SENI
(Siri
1)
Oleh
HJ
MOHD ANUWI BIN HJ HUSAIN (K.B; P.A)
Mohdanuwi@gmail.com
PENGENALAN
Dalam bidang kaunseling dan psikoterapi, pendekatan terapi
seni yang menekankan aspek kreatif dan kreativiti telah digunakan secara meluas
di negara barat. Tetapi di Malaysia, pendekatan terapi seni dalam proses
menolong dan membantu masih belum kelihatan walaupun keperluannya amat dirasai.
(Mohd Makzan Musa, 2006) Pendekatan kaunseling dan psikoterapi yang menjangkau
usia 40 tahun di Malaysia masih tertumpu kepada kaedah kaunseling konvensional
secara lisan menerusi kaunseling individu dan kelompok. (Suradi Salim, 2005)
Pendekatan
terapi seni yang merupakan gabungan disiplin art dan therapy yang
memperlihatkan gandingan di mana art as a
therapy dan art as psychotherapy.
(Waseson, 2000) yang menghubungkan dunia dalam diri klien dengan dunia luaran
menerusi penggunaan pelbagai bahantara seni. Mcniff (2004) melihat aspek
kreatif dan kreativiti menerusi karya seni dalam membantu merawat dunia dalam
diri klien dengan meluahkan kesakitan dan penderitaan yang klien dialami semasa
melakukan sesuatu yang kreatif.
Pendekatan
terapi seni merupakan kaunseling
tanpa lisan (non-verbal counseling).
di mana dinamik proses rawatan dan pemulihan berlaku semasa klien menghasilkan
karya seni secara kreatif dan kreativiti. Kreativiti bukan sahaja melibatkan
kebolehan klien menghasilkan sesuatu yang baru dan unik kesan daripada impresi,
idea dan imaginasi. Kreativiti turut merangkumi kualiti seperti spontan, kebermainan
(playfulness), motivasi, penciptaan
baru (originality) dalam meluahkan
permasalahan diri melalui ekspresi kendiri, penciptaan, pemikiran divergent dan gerak hati. (Rubin, 2001)
Proses
kreatif dalam terapi seni mendasari proses rawatan dan pemulihan kerana ia
bertindak sebagai tenaga dalam diri. Dengan membebaskan diri menerusi
penciptaan seni, klien sebenarnya memberi tumpuan. Kelebihan imaginasi kreatif
membolehkan minda klien untuk terus menjurus dan mencetuskan penciptaan kreatif
muncul secara visual. Proses kreatif menerusi ekspresi kreativiti tidak memberi
kesan bahaya kepada klien. Jika karya seni yang klien hasilkan menyakitkan,
mengingatkan, membangkitkan pengalaman lama yang tidak menyenangkan serta
mendukacitakan, karya seni yang klien ciptakan itu sebenarnya menunjukan arah
dan turut menguatkan klien. (Mcniff, 2004)
TERAPI SENI (ART THERAPY)
Terapi seni ialah satu kepakaran kesihatan mental (mental health profession) yang
menggunakan proses kreatif untuk memperbaikan fizikal, mental dan emosi
individu bagi semua golongan usia. Terapi ini berdasarkan kepada proses kreatif
yang terlibat dalam artistic
self-expression yang membantu klien menyelesaikan masalah dan konflik,
kemahiran pembangunan interpersonal, mengawal tingkah laku, mengurangkan
tekanan, meningkatkan self-esteem dan
kesedaran diri serta mencapai celik akal. Terapi seni boleh dikendalikan secara
kaunseling kumpulan atau individu.
Matlamat
penghasilan karya seni memberi peluang kepada klien mencipta ruang yang
membolehkannya meluahkan diri dalam spektrum ekspresi yang luas. Ekspresi seni
ini mempunyai ciri-ciri projektif kerana ia datang dari klien itu sendiri.
Intergrasi dari proses transformasi tenaga kreatif dan kreativiti yang dapat
memulih adalah asas kepada dinamik kesihatan. (Mcniff, 2004)
Sebagai
kaedah art-based therapeutic,
pelbagai faedah diperolehi daripada penggunaan terapi seni ini. Antara
faedahnya ialah terapi seni:
(i)
tidak bergantung kepada
kemahiran bahasa atau verbal.
(ii)
merupakan satu modus kepada
golongan kanak-kanak dan mereka yang kecacatan bahasa.
(iii)
bantu klien melihat pengalaman
dalam keadaan yang terkawal dan kurangnya keselesaan.
(iv)
daya tumpuan sepenuhnya ke
atas aktiviti individu tanpa gangguan pemikirannya.
(v)
menggalakkan pemikiran kreatif
dan mengambil risiko dalam persekitaran yang selamat.
(vi)
menyokong idea kreativiti itu
adalah teraputik yang semula jadi.
(vii)
wujud persekitaran yang
selamat di mana klien dapat melepaskan emosinya tanpa gangguan dan kerisauan.
(viii)
menghasilkan karya seni
merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan.
Terapi
seni tidak mengutamakan aspek keindahan atau estetika visual. Ini adalah kerana
klien mungkin bukan pelukis yang mahir dengan segala aspek formalistik dalam
bidang seni. Jadi, tidak munasabah bagi klien untuk memperolehi kemahiran
melukis atau lain-lain keupayaan artistik. Ciptaan karya seni klien tidak ada
betul atau salahnya. Seni adalah satu alat komunikasi, ujian diri (self-examination) dan penyembuhan (healing). Penekanan terapa seni adalah
proses penemuan diri (self-discovery),
meluahkan perasaan diri (self-expression),
perkembangan dan integrasi diri. Karya seni mungkin direka secara spontan
ataupun secara langsung yang dicadangkan oleh kaunselor atau terapis.
SIMBOLISM
DALAM TERAPI SENI
Simbol yang klien paparkan secara visual mempunyai makna
tertentu, mewakili, memperlihat dan mendasari psyche. (Wilson, 2001). Dalam terapi seni, simbol
berperanan sebagai representasi objek yang tercetus tanpa kehadiran rangsangan
luaran dan pengekalan objek (object
permanence) dalam sistem kognitif kesan daripada interaksi klien dengan
persekitaran fizikal dan sosial yang begitu luas.
Simbol
dalam ciptaan karya seni klien tercetus kesan daripada pengalaman perseptual
yang mendasari kefungsian mental dan kesan daripada proses pemikiran. Ia
menjadi penghubung penting antara dunia realiti dan tingkah laku, pemikiran dan
fantasi yang bertindak sebagai gerak balas.
Simbol
adalah representasi mental di bawah kesedaran yang dikenali sebagai realiti
psikik. (Malchiodi, 1998). Representasi mental menerusi simbol meliputi
representasi kendiri, imej tubuh, skema ingatan, objek dalaman dan dunia
representasi klien yang begitu luas. Representasi mental klien bukan
penghasilan semula rangsangan asal tetapi ia berkesan daripada tenaga yang
menjadi perantaraan kepada emosi, ingatan silam dan status kognitif klien.
Representasi
mental menerusi simbol yang dihasilkan oleh klien, kaunselor dan terapis
menitikberatkan dari beberapa sudut:
(i)
Memerhatikan apa yang
kelihatan ganjil pada simbol yang dihasilkan
(ii)
Memerhatikan rintangan atau
halangan yang dilukis, seperti blok atau objek yang menunjukkan halangan.
(iii)
Memerhatikan apa yang wujud (absent) dan apa yang tertinggal (missing)
(iv)
Memerhatikan apa yang terdapat
pada tengah-tengah lukisan. Objek yang dilukis pada tengah menunjukkan masalah
utamanya.
(v)
Memerhatikan saiz simbol yang
luar biasa. Simbol yang dilukis terlalu besar atau terlalu kecil.
(vi)
Memerhatikan bentuk yang putar
belit. Ini menunjukkan kawasan masalah.
(vii)
Memerhatikan objek yang
diulangi. Ia menggambarkan pentingnya masa atau peristiwa itu pada masa silam,
sekarang atau masa akan datang.
(viii)
Memerhatikan ketekalan pada
persepektif, cara klien melukis.
(ix)
Memerhatikan bahagian lukisan
yang menggelap (shading). Shading memerlukan banyak tenaga untuk
melukis, jadi ia menggambarkan keasyikan (fixation)
dan kebimbangan (anxiety) tentang
objek yang dilukis itu.
(x)
Memerhatikan bahagian tepi
lukisan (edging). Ini menunjukkan
sebahagian penglibatan sekarang dan akan terus kekal pada masa depan.
(xi)
Membandingkan dengan dunia
persekitaran untuk menunjukkan kehidupan yang realiti.
(xii)
Memerhatikan lukisan yang
tidak bersesuaian dengan musim. Ini menunjukkan pentingnya peristiwa itu pada
musim tertentu.
(xiii)
Memerhatikan lukisan yang
dikurungkan (encapsulation) di mana
klien memisahkan sesuatu objek daripada yang lain.
(xiv)
Memerhatikan lukisan yang ada
penambahan atau sambungan (extension).
Sebagai contoh, tangan yang terlalu panjang, akar pokok yang tertumbuh keluar
tanah.
(xv)
Memerhatikan latar belakang
lukisan. Ini menunjukkan satu konflik.
(xvi)
Memerhatikan benda yang
dipadamkan. Ini mungkin merupakan sesuatu yang sebenarnya.
(xvii) Memerhatikan
perkataan yang dilukis.
(xviii) Memerhatikan
garisan yang dilukis melintangi bahagian atas kertas lukisan.
(xix)
Memerhatikan simbol yang
dilukis secara transparensi.
(xx)
Memerhatikan benda yang
abstrak.
(xxi)
Memerhatikan apa yang diisikan
(filled) dan apa yang dikosongkan (empty).
(xxii) Memerhatikan
pokok dan umur. Ia memperlihatkan keseimbangan kehidupan.
(xxiii) Melukis
keadaan bekerja disertai keluarga, menunjukkan klien terperangkap dalam
pekerjaannya.
(xxiv) Memerhatikan
lukisan semasa usia 5 tahun kepada lukisan sekarang. Ini menunjukkan bagaimana
klien melihat masa lampaunya. Pengalaman silam itu digunakan untuk membuat
keputusan masa sekarang.
(xxv) Memerhatikan
lukisan yang bertindih-tindih. Ia merupakan satu tanggapan psikologi klien.
(xxvi) Memerhatikan
warna yang digunakan. Setiap warna mempunyai makna yang tersendiri.
TUGAS
KAUNSELOR ATAU TERAPIS
Penilaian karya seni bergantung kepada perhubungannya
dengan klien itu sendiri. Dalam terapi seni ini, karya
seni yang dihasilkan walaupun dalam bentuk orang lidi ataupun contengan tanpa
makna adalah ekspresi signifikan yang ada maksud tersiratnya. Seni sebagai
ucapan simbolik (symbolic speech)
yang merupakan tempat atau titik bermulanya ekspresi bebas yang kemudian
dituruti dengan perkaitan secara lisan dengan imej dan simbol yang klien cipta (Rubin, 1999)
Kaunselor
atau terapis berperanan membantu klien mencari, mendalami makna dan pengertian
dari imej dan simbol ciptaan. Kemudian, kaunselor atau terapi bersama dengan
klien bertindak memahami imej, simbol dan membuat inferensi bagaimana isi
kandungan seni yang klien hasilkan ada kaitannya dengan permasalahan kehidupan
psikologikal klien. (Malchiodi, 1998) Atas dasar ini, kaunselor atau terapis
tidak digalakan untuk membuat interpretasi secara bersendirian terhadap karya
hasil klien. Ini adalah kerana interpretasi boleh membawa kepada pelbagai
rumusan malah salah tafsiran yang boleh menghalang pencapaian matlamat dalam
membantu klien.
Projeksi
lisan klien dalam bentuk perasaan, persepsi terhadap isu-isu psikologikal yang
terbengkalai kepada kaunselor atau terapis adalah kaedah pemindahan (transference) yang berlaku dalam sesi
terapi seni. Transference merujuk
kepada cara klien bertindak balas kepada kaunselor atau terapis seolah klien
bercakap dengan individu yang signifikan dalam kehidupannya pada masa kini atau
masa lalu. Transference atau projeksi
perasaan, pemikiran, konflik, fantasi menerusi imej dan simbol membangkitkan
semula bayangan dan pengalaman klien.
Hasil
karya seni yang dicipta oleh klien dilihat sebagai kaedah telling without talking di mana permasalahan, pengalaman
psikologikal dalam bentuk perasaan, ingatan, mimpi yang klien suppressed (tersorok tetapi boleh
disusuri) dan repressed (dipendam
dalam kesedaran tetapi boleh dizihirkan). (Cohen & Cox, 1995 dalam Rubin,
2005)
Karya
seni adalah representasi visual yang mengandungi pelbagai gaya, seperti seri
warna, garis pelbagai arah, corak sama dan berulangan dalam pelbagai palitan
warna yang menyatukan emosi rumit klien dalam satu ruang piktorial. (sama
dengan ruang kehidupan yang dikenali oleh Rubin, 2005) Karya seni yang klien
zahirkan secara visual memerihalkan banyak maklumat. Malchiodi (1998)
meringkaskannya sebagai one picture tells
a thousand words. Hasil karya seni dalam bentuk lukisan, lakaran dan
gambaran menyatakan maksud yang sukar dilafazkan tapi mudah dilihat. (Gladding
& Newsome, 2003) Ia juga adalah kaedah mendengar melalui mata (Jakad, 2004)
Terapi
seni merupakan satu proses kognitif dan imaginasi yang aktif. Menerusi
pemikiran visual, karya seni menzahirkan idea dari ciptaan klien sendiri dalam
bentuk imej dan simbol hitam putih atau berwarna-warni. (Arnheim, 1997) Karya
seni mempunyai kuasa magik di mana pelbagai imej dan simbol bukan sahaja
membantu melihat secara visual tetapi turut membantu merasai kekuatan
pergolakan intra dan interpersonal klien.
..........(bersambungan pada siri
kedua)...insyallah
RUJUKAN
Arnheim,
R. (1997). Visual Thinking. Berkeley,
California: University of Calirornia Press
Malchiodi, C. (1998). The Art Therapy Sourcebook. Los Angeles:
Lowell Press
Mcniff,
S. (1994). Art as Medicine: Creating a
Therapy of the Imagination. Boston: Shambhala
________.
(1998). Trust the Process: An Artistic
Guide to Letting Go. Boston: Shambhala
_______. (2004). Art Heals. How Creativity Cures the Soul.
Boston: Shambhala
Mohd
Makzan Musa. (2006). Setahun Yang Lalu:
Kajian Art Therapy Kelompok Di Kalangan Remaja dan Gadis Mengandung Luar Nikah.
Kertas kerja yang dibentangkan di Simposium Pembangunan Komuniti Marginal.
Anjuran Jabatan Kerja Sosial, Fakulti Pembangunan Sosial & Manusia,
Universiti Utara Malaysia dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dan
Persatuan Kerja Sosial Malaysia pada 12 – 14 September 2007
Rubin, J .A. (1999). Art Therapy. An Introduction.
Philadelphia, PA: Brunner/Mazel
__________.(Ed).(2001).
Approaches to Art Therapy. Theory &
Technique. Philadelphia, PA: Brunner/Mazel
__________. (2005). Artful Therapy. Hoboken, New Jersey:
John Wiley & Sons, Inc
Suradi
Salim. (2005). Halatuju Penyelidikan Kaunseling di Malaysia. Jurnal PERKAMA, 11, 1 – 11
Sheerwood, P. (2004). The Healing Art of Clay Therapy.
Melbourne: Acer Press
Wadeson,
H. (2000). Art Therapy Practice.
Innovative Approaches with Diverse Populations. New York: John Wiley &
Sons, Inc
Wilson,
L. (2001). Symbolism and Art Therapy.
Dalam Rubin, J.A. (Ed). Approaches to
Art Therapy. Theory & Technique. Philadelphia,
PA:Brunner/Mazel